- PERHATIAN: LAMAN WEB INI TELAH DIBERHENTIKAN, DAN TIDAK AKAN DIKEMASKINI -
Untuk info yang lebih dikemaskini, layari laman web ini: http://myiptv.weebly.com/
Untuk info yang lebih dikemaskini, layari laman web ini: http://myiptv.weebly.com/
Dengan jumlah melebihi 200 saluran, kini anda boleh menonton hampir semua saluran Astro, semua saluran Singapura MediaCorp, saluran terpilih dari India (Videocon d2h), saluran terpilih dari China dan Taiwan, saluran TV nasional Indonesia dan banyak lagi dengan MyIPTV. Asalkan anda mempunyai jalur lebar dengan kelajuan sekurang-kurangnya 2Mbps (4Mbps ke atas adalah digalakkan) serta Android box, anda boleh menikmatinya. Harga langganan adalah bergantung kepada penjual MyIPTV.
Perkara yang anda perlu tahu terlebih dahulu
- 100% menggunakan Internet kerana ini adalah servis IPTV
- Tiada piring satelit diperlukan
- Memerlukan internet yang stabil dengan kelajuan sekurang-kurangnya 2Mbps. 4Mbps dan ke atas adalah digalakkan.
- Android box yang sesuai diperlukan.
Soalan-soalan lazim
Melanggan MyIPTV dengan Android box dari penjual
Apakah bezanya jika saya langgan MyIPTV dari penjual yang datang bersama Android box, berbanding dengan Android box yang saya telah mempunyai dan beli di tempat lain?
S: Bagaimanakah untuk mengetahui jika saya boleh mempercayai penjual tersebut?
S: Saya sudah mempunyai Android box yang saya beli dari tempat lain. Bolehkah saya menikmati MyIPTV tanpa membeli Android box dari penjual?
Kelajuan Internet
S: Saya menggunakan Internet kelajuan 2Mbps, adakah siaran akan bermain dengan lancar tanpa buffering?
S: Adakah ia akan memperlahankan kelajuan Internet saya apabila saya menonton MyIPTV pada Internet 2Mbps?
S: Bagaimanakah saya boleh mengelakkan masalah buffering?
S: Saya sedang menggunakan kelajuan internet 1MBPS atau kebawah. Bagaimana sekiranya saya berkeras untuk menonton MYIPTV?
S: Kawasan saya hanya membekal internet jenis ADSL, dan kelajuan maksimanya hanya 1MBPS. Macam mana?
S: Bolehkah saya menggunakan 3G/4G untuk menonton MYIPTV?
Kualiti saluran video/audio
S; Adakah saya dapat menikmati kualiti yang serupa dengan ASTRO?
S: Kenapa saya tidak boleh menikmati kualiti video/audio yang serupa dengan Astro?
S: Walaupun kualiti video/audio yang telah direndahkan, bagaimanakah dengan qualiti gambar dan suara secara keseluruhan?
Harga dan memperbaharui langganan (renew subscription)
Penjual yang berbeza mungkin akan menawarkan harga langganan yang berbeza. Biasanya, jika anda membeli Android box dari penjual MyIPTV, anda akan mendapatkan percubaan percuma (free trial) selama 1 bulan. Jika anda ingin memperbaharui langganan selepas percubaan satu bulan tamat, anda hanya boleh memperbaharui secara 3 bulan, 6 bulan, atau 1 tahun sahaja. Langganan bulanan hanya disediakan sekali sahaja untuk setiap Android box. MyIPTV tidak memberikan langganan bulanan dan TIADA PENGEMBALIAN WANG setelah bayaran dibuat.
Apabila anda melancarkan aplikasi MyIPTV, anda akan melihat ayat "Expire in XX Days".
Selepas hari berikutnya, anda tidak dapat menonton MyIPTV lagi. Anda perlu memperbaharui langganan (renew) jika anda ingin terus menonton MyIPTV. Tidak mengapa jika anda tidak mahu memperbaharui, kerana penjualnya tidak akan memaksa anda.
MyIPTV menggunakan proses pengesahan (authentication) akaun pelanggan setiap kali pelanggan menukar saluran dengan menggunakan MAC address pada setiap Android box. Jika anda tidak tahu apa ini, abaikan.

Menonton MyIPTV buat kali pertama
Selepas anda dapatkan Android box, sambung penyesuai kuasa (power adapter) dan pasangkan kabel HDMI atau RCA ke TV anda. Hidupkan Android box, sambungkan WiFi rumah anda, dan akhir sekali lancarkan aplikasi MyIPTV. Semudah itu saja.
Keburukan
Adalah dimaklumkan bahawa MyIPTV adalah perkhidmatan IPTV tanpa lesen (unofficial provider or underground provider).
Kadang-kala, anda akan mengalami isu-isu utama di MyIPTV seperti di bawah, tetapi ia jarang berlaku:
1) Tiada jaminan bahawa anda boleh menonton semua saluran MyIPTV tanpa isu sepanjang masa, 24/7.
Kadang-kadang server pembekal saluran mempunyai penyelenggaraan atau tergendala, ataupun terlalu banyak pelanggan kini menonton saluran tersebut dan server tidak dapat menerima lagi pengguna (jarang berlaku), anda mungkin tidak dapat menonton saluran tersebut. Ingatlah bahawa MyIPTV adalah disediakan secara usaha terbaik (best-effort basis). Satu-satunya perkara yang pembekal MyIPTV boleh lakukan adalah untuk memastikan semua saluran boleh menonton kepada pelanggan secara sepenuh masa yang mungkin. Kerana jika tidak, pelanggan akan berhenti melanggan dan tiada perniagaan. Lagipun, bayaran langganan MyIPTV adalah sangat murah. Satu-satunya cara untuk mendapatkan perkhidmatan yang terjamin, langganlah kepada pembekal TV satelit, Astro.
2) Jika lokasi pembekal saluran tersebut mengalami hujan lebat, anda mungkin tidak dapat menonton saluran tersebut untuk seketika.
Tidak lagi kena mengena jika kawasan anda hujan lebat ataupun tidak jika anda menggunakan MyIPTV (selagi sambungan Internet anda aktif). Kerana kebanyakan saluran yang MyIPTV dapatkan adalah menggunkan piring satelit jenis Ku band (Astro, Big TV, Videocon d2h). Jika lokasi pembekal saluran itu mengalami hujan lebat pada ketika itu, anda tidak akan dapat siaran daripada saluran tersebut dan ia akan menunjukkan "Service currently not available" (untuk Astro). Tergantung pada cara tontonan anda, ia mungkin jarang atau kerap berlaku.
3) Audio/video yang tidak serentak (isu "lip-sync")
Kadang-kala anda akan perasan bahawa audio/video tidak serentak dengan apa yang anda lihat/mendengar. Seperti audio adakalanya lebih cepat atau lambat dari video yang sedang ditayangkan pada saluran tersebut. Tetapi bukan setiap orang akan perasan isu ini, jadi ini bukanlah satu isu besar.

- Tiada perkhidmatan EPG
Anda tidak boleh tahu program apakah yang sedang ditayang sekarang seperti Astro.
Anda kena cari jadual program sendiri. - Anda tidak boleh menukar bahasa sarikata pilihan anda
Saluran dari Astro: Sarikata Bahasa Melayu kecuali saluran Cina terpilih.
Saluran dari mana-mana stesen TV berbayar Indonesia: Sarikata Bahasa Indonesia
Saluran dari Videocon d2h: Sarikata Bahasa Inggeris - Anda tidak boleh merakamkan sebarang program seperti PVR
- Mengambil masa lebih lama untuk menukar saluran berbanding dengan Astro
Ia mengambil 3-5 saat untuk memuatkan saluran, tergantung pada internet anda.
Kesimpulannya
MyIPTV adalah sesuai untuk sesiapa yang ingin membayar harga rendah dan menonton saluran yang anda tidak mampu untuk melanggan, serta saluran-saluran dari negara lain/satelit. Walaupun ada kelemahan MyIPTV, adalah maklum bahawa anda membayar harga yang sangat murah setiap bulan dan anda mendapat lebih 160 saluran.
Mana saya boleh dapat MyIPTV?
Anda perlu mencari dan menghubungi penjual servis MyIPTV sendiri kerana laman web ini adalah untuk tujuan informatif sahaja, dan ia adalah buatan peminat (fan made) serta tidak disokong/disahkan oleh MyIPTV.